Friday 11 November 2011

DI MANAKAH MARUAH MASYARAKAT TEMPATAN KUNAK ?


MENGAPAKAH TIDAK DIBERI PELUANG OLEH KEPIMPINAN BN/UMNO UNTUK MENAMPILKAN SEORANG WIRA ANAK KELAHIRAN KUNAK YANG BERPOTENSI BOLEH DICALONKAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN N.51 KUNAK DALAM PRU KE 13 NANTI ?

PERSOALANNYA:   ADAKAH ANAK KELAHIRAN KUNAK DIBERI PELUANG UNTUK BERTANDING DI LUAR KAWASAN CONTOHNYA MENAKLUKI KE DAERAH SEMPORNA ATAU KE BUKIT GARAM, SANDAKAN ?  

JAWAPANNYA:  SUDAH TENTU TIDAK,……KAN ?  MEREKA ADA CALON ANAK JATI TEMPATAN SENDIRI DAN MEREKA TIDAK MEMBENARKAN CALON LUAR MENJAJAH MEREKA! …………….MENGAPA PULA DAERAH KUNAK MENJADI REBUTAN ORANG LUAR DAERAH ?

OLEH ITU, AYUHLAH KITA MASYARAKAT KUNAK BANGKIT UNTUK MENENTUKAN CALON ANAK JATI KUNAK BAGI MEMBELA  MASA DEPAN KITA SENDIRI TANPA MENG IMPOT CALON LUAR.

Adalah baiknya kami masyarakat Kunak membuka mata, berfikir secara matang dan sedar bahawa kami perlu memilih wira anak jati Kunak yang layak memenuhi krateria untuk dicalonkan melalui tiket BN/UMNO akan datang selepas Wakil Rakyat yang ada sekarang. Biarlah kami masyarakat Kunak diberi peluang memilih dan menentukan calon kawasan sendiri supaya memperolehi kemenangan majoriti dan boleh bersuara di Kabinet Dewan Undangan Negeri untuk membawa masalah daerah dan masyarakat Kunak. Oleh hal yang demikian, Kerajaan dapatlah menyalurkan peruntukkan yang diperlukan untuk membangunkan daerah dan masyarakat keseluruhannya tanpa ketirisan berlaku.

Ingatlah, kita masyarakat Kunak perlu bersatu dan bekerjasama untuk memilih anak kelahiran Kunak dan jangan sekali-kali terpedaya dengan wang ringgit mempengaruhi nafsu kita untuk menerima “calon luar daerah.” Ingatlah bahawa, kita masyarakat Kunak hanya diperalatkan menjadi “Batu Loncatan” atau hanya sebagai “Kuda Tunggangan” untuk mengambil kuasa yang bertujuan hanya memperkayakan diri serta ahli keluarga dan kuncu-kuncu mereka yang akhirnya kita masyarakat Kunak yang menderita, kecewa dan terpedaya!

Baru-baru ini, kami masyarakat Kunak telah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa, ramai anak tempatan Kunak dan beberapa orang “anak kelahiran luar daerah” yang berpura-pura menjadi ahli cawangan semata-mata untuk melayakkan diri sebagai tiket nak ingin menawarkan diri dan melobi untuk menjadi calon di kawasan DUN N.51 Kunak. Ini berlaku berikutan dengan adanya desas-desus YB yang ada sekarang mungkin hanya bertahan satu penggal sahaja oleh sebab-sebab faktor kesihatan diri dan pelbagai sebab peribadi yang dipersoalkan masyarakat Kunak dan Pucuk Pimpinan BN/UMNO atasan berkaitan dengan status pengenalan diri yang mempunyai pertindihan nombor Kad Pengenalan dengan warganegara Malaysia yang lain serta kesahihannya diragukan!

Kami masyarakat Kunak maklum bahawa, YB Kunak sekarang ini memang tidak mampu lagi menanggung tugas dan tanggung jawab sebagai Wakil Rakyat disebabkan perlu sentiasa berada di Kota Kinabalu untuk mendekati Doktor Pakar SMC dan Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan jantung yang perlukan pengawasan sebaik sahaja berlakunya kes kecemasan bagi imbasan jantung di IJN Kuala Lumpur Januari, 2011 yang lalu. Rawatan perubatan yang konsistan dan kerap perlu dibuat keatas penyakit yang dialami bagi mengelak komplikasi serangan jantung yang membahayakan tanpa rawatan rapi dari doktor pakar jantung. 

Kami masyarakat Kunak memang amatlah bersimpati keatas apa yang telah berlaku kepada pemimpin kami. Kami amatlah bersetuju dan menyokong keputusan pihak Pucuk Pimpinan BN/UMNO Pusat dan Negeri Sabah untuk menyahut kehendak masyarakat Kunak untuk mencadangkan YB kami diberi opsyen beristirehat dari tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat dan kami mahu kepimpinan baharu diketengahkan bagi menggantikan YB kami yang ada sekarang. Kami mengucapkan terima kasih diatas jasa baik YB memimpin kami……… dan kami juga menyokong penuh jika keputusan Pucuk Pimpinan BN/UMNO Pusat terutama Pemimpin yang Kami Sayangi,  YAB Dato’ Seri Hj. Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Presiden Parti UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional Malaysia untuk memilih seorang calon anak jati tempatan kelahiran Kunak dan BUKANNYA seorang calon yang didatangkan dari “luar daerah.” 

SEBELUM kami masyarakat Kunak tergadai ke tangan Pembangkang, Kami masyarakat Kunak MENIDAKKAN serta MENOLAK BULAT-BULAT calon “luar daerah.”
 
Kami masyarakat Kunak bertekad dan bertegas agar tidak mahu berulang kembali apa yang berlaku di masa masa lalu, iaitu semasa PRU 12 dimana pemilihan seseorang calon bukanlah berdasarkan soal-selidik dan temu ramah masyarakat Kunak yang menentukan siapakah bakal calon yang kami mahukan? Pucuk Pimpinan perlu menilai dan mengambil kira dari segi aspek latar-belakang dan kewibawaan seseorang bakal calon yang dipilih dan menitik-beratkan untuk memberi keutamaan kepada anak jati tempatan itu sendiri….. bukan bakal calon dipilih mengambil-kira kekayaannya, ahli keluarga Menteri dan bertopengkan hanya ahli cawangan yang bertujuan hanya mengacau-ganggu kawasan daerah kami untuk ingin menjadi calon !!! Hormatilah sensitiviti kami masyarakat Kunak yang inginkan Wakil Rakyat anak jati kelahiran daerah kami sendiri.

Apakah cacat atau kekurangannya anak-anak tempatan kelahiran Kunak ? Kita masyarakat Kunak tahu bahawa, sudah ramai anak-anak jati kelahiran Kunak yang mempunyai pendidikan tinggi dan melibatkan diri dalam politik terutama menerusi Parti UMNO dan boleh dicalonkan dalam PRU 13 di kawasan DUN N. 51 Kunak oleh kerana DUN Kunak adalah ‘Kouta’ UMNO dengan bekerjasama dengan parti-parti komponen Barisan Nasional. TAHUKAH anda, diantara individu-individu yang cuba melobi dan menawarkan diri untuk bertanding di kawasan DUN N. 51 Kunak ialah :-
(1)    Hj. Salsidu Ibrahim *(Pengarah Jabatan Cetak Negeri, kelahiran Kg. Bugaya, Semporna),
(2)    Hj. Yussop Apdal *(adik kepada Menteri Luar Bandar, kelahiran Kg. Bubul, Semporna),
(3)    Abdul Salim Amming *(Kerani Jabatan Pertanian, kelahiran Kg. Sikabimbangan, Semporna),
(4)    Uki Ugi  *(Pembantu Perubatan Hospital Kunak, kelahiran Kg. Bukit Garam, Jalan Sandakan/Kinabatangan, Sandakan) 

Kami tahu individu-individu ini akan menggunakan “politik wang” dan merasuahkan masyarakat Kunak untuk meraih sokongan yang mana akhirnya perlakuan individu-individu ini akan membawa padah kepada integriti kepimpinan BN/UMNO sekiranya mereka dipilih !.......Mengapa tidak?.... jika individu-individu ini mengamalkan politik wang dan pihak-pihak tertentu akan mengumpul bukti untuk dilaporkan kepada SPRM sehingga tindakan kepada individu berkenaan melibatkan nama parti UMNO dan nama parti tercemar dan hilang integriti. Tambahan pula individu-individu ini mempunyai rekod peribadi lampau yang bercanggah dengan perlembagaan parti seperti mempunyai kes politik wang dan tindakan batal bertanding sebagai Ketua Bahagian parti kerana rasuah dan kes-kes telah menyalah-gunakan kuasa berjawatan dalam perkhidmatan Kerajaan dan pelbagai kes lain-lain yang sepatutnya dari awal-awal lagi sudah ditolak dan direjek melalui tapisan akhir Kepimpinan BN/UMNO. 

Semasa penamaan calon untuk bertanding, pihak-pihak tertentu terutamanya pihak parti pembangkang jika mereka mempunyai bukti-bukti nyata (bertulis) atau laporan bukti bergambar yang menjadi bahan sokongan bantahan mereka dan mereka kemukakan melalui “Petition” kepada Pegawai Pengurus SPR semasa bantahan penamaan calon melalui Peguam Bela calon pembangkang ataupun calon bebas yang hingga menyebabkan calon BN/UMNO menjadi “DISQUALIFIED”  atau direjek. Betapa kecewanya kami masyarakat Kunak sekiranya penolakan calon berlaku dan kehilangan Wakil Rakyat dari BN/UMNO bertukar pula menjadi kawasan diwakili Pembangkang ataupun calon Bebas !!!.........

Kami masyarakat Kunak tidak bersetuju dan tidak menyokong individu-individu dari kawasan “luar daerah” untuk menakluki dan menjajah Kunak.

Disebaliknya, Kami masyarakat Kunak mencadangkan pilihlah dikalangan salah seorang daripada anak-anak jati tempatan Kunak yang berkelayakan dan yang boleh diketengahkan sebagai bakal Wakil Rakyat kami masyarakat Kunak contohnya seperti Encik Balnama Kaulu, Encik Abdul Rahim Wahab, Hj. Hussin Pg. Ibnu Hassan, Encik Mohd. Bustan @Industan Hj. Lumantang, Encik Jalilul Ajirul, Sharif Shamsudin Sh. Sagaf, Encik James Lakim dan Encik Halid Harun.  Kami buat pensenaraian nama seperti di atas adalah atas dasar mereka ini sering berinteraksi dengan masyarakat daerah ini dan tahu permasalahan masyarakat dan yang lain mewakili suku kaum Bugis seperti Encik Jahari Lorong dan Encik Herman Rahim …….????  

Kami masyarakat Kunak menyokong penuh kepada pihak berkuasa (agensi Kerajaan)  yang diamanahkan oleh Pucuk Pimpinan Kerajaan dan Kepimpinan BN/UMNO Pusat untuk menganalisis, menilai, menemu-ramah dan menyoal-selidik ke peringkat akar umbi penduduk setempat di daerah Kunak dan membuat rumusan laporan kepada pihak atasan tanpa prajudis, berat sebelah dan pilih kasih. Kami masyarakat Kunak menghormati tugas dan tanggungjawab pihak perisik dan pelapor yang diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyampaikan hasil siasatan latar belakang bakal bakal-bakal calon kepada pihak Pucuk Pimpinan BN/UMNO Pusat dan Negeri Sabah dan terserahlah kepada pemimpin atasan untuk membuat keputusan untuk memilih seorang calon untuk bertanding pada PRU 13 di kawasan DUN N.51 Kunak kelak.

Kami masyarakat Kunak mengharapkan keputusan yang dibuat oleh Pucuk Pimpinan BN/UMNO Pusat dan Negeri Sabah berdasarkan fakta laporan terperinci agensi-agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan kemenangan majoriti BN/UMNO di kawasan DUN N.51 Kunak. Kami masyarakat Kunak tidak mahu tertipu lagi dengan tektik-tektik yang kotor dan menghancurkan masa depan kami…….Kalaulah daerah Semporna atau Bukit Garam  itu betul-betul tempat kelahiran individu-individu ini yang berkeinginan melobi nak menjadi calon, silalah tawarkan diri menjadi calon di tempat kelahiran individu-individu itu sendiri seperti di BUGAYA kah, di SULABAYAN kah, di SINALLANG kah ataupun di BUKIT GARAM kah ……..keempat-empat kawasan ini tidak menjadi masalah bagi individu-individu ini untuk bertanding dan cuba diri di tempat kelahiran masing-masing  sebab kawasan itu adalah tempat kelahiran mereka dan kedudukan keluarga mereka sejak dahulu lagi menetap disitu !!!  

TOLONGLAH….TOLONGLAH JANGAN CUBA-CUBA menjadi “PENJAJAH” masuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri N. 51 Kunak. Kami masyarakat Kunak tahu individu-individu tersebut yang cuba masuk menjajah kami adalah terdiri dari individu-individu kontraktor bergelar “Jutawan,” ada yang menjawat Pengarah “berpangkat tinggi,” ada yang menjawat Kerani Jabatan Pertanian dan Pembantu Perubatan berlagak “ Jutawan Kunak” yang hanya memperkayakan diri dengan hasil pencerobohan tanah, penipuan dan menyalah-gunakan kuasa jabatan dimana ia berkhidmat dan banyak membocorkan rahsia jabatan sehingga sanggup membelakangkan  Sumpah Setia Menyimpan Rahsia Kerajaan” untuk menceroboh tanah dan bersama kuncu-kuncu yang kami kenal-pasti termasuklah Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri Sabah yang kami boleh buktikan sebagai proksi memiliki tanah di Sabahan Kunak. Kami sudah mengetahui individu-individu ini yang hanya bertopengkan ahli UMNO tetapi Misi dan Visi individu-individu ini hanyalah ingin memperbodohkan kami masyarakat Kunak yang bertujuan hanya memperkayakan diri masing-masing bersama kaum kerabat dan kuncu-kuncu mereka jika menjadi calon di kawasan KUNAK !!!!

Kami masyarakat Kunak akan terus memantau dan mengikuti perkembangan politik semasa khususnya pemilihan bakal Wakil Rakyat dari BN/UMNO di kawasan DUN N.51 Kunak bagi PRU 13 tidak lama lagi. Jika bakal Calon BN/UMNO di DUN N. 51 Kunak memenuhi inspirasi dan menepati kehendak kami, kami akan buktikan sokongan padu kami semasa pembuangan undi hari mengundi nanti…Insya Allah.

KAMI BERJUANG UNTUK “BN/UMNO” DAN KAMI MAHU WAKIL RAKYAT ANAK JATI TEMPATAN KUNAK BAKAL MEMERINTAH KAWASAN KAMI……….MEMAJUKAN DAERAH KAMI………MEMBANTU EKONOMI KAMI DAN MEMBELA NASIB MASYARAKAT KUNAK KESELURUHANNYA !!!

KAMI MASYARAKAT KUNAK BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENYOKONG KEPIMPINAN BN/UMNO JIKA HASRAT DAN CITA-CITA KAMI DIPERKENANKAN OLEH PUCUK PIMPINAN BN/UMNO PUSAT BERKAITAN DENGAN BAKAL CALON BN/UMNO DI KAWASAN D.U.N. N.51 KUNAK. SEKIAN TERIMA KASIH.
Rujukan catatan umum:   tanda  *(…………….)            adalah tanda digunakan sebagai tahap bahaya dan menggugat masa hadapan anak cucu cicit masyarakat Kunak yang mana calon kelahiran luar daerah di impot bertanding di kawasan daerah Kunak hanya bertujuan menjajah kami dan daerah kami kemudian setelah kenyang dan kaya-raya mengambil hasil masyarakat yang di peruntukkan kepada kawasan Kunak melalui kroni-kroninya individu ini akan pulang ke daerahnya dan tidak mempedulikan masyarakat Kunak lagi sebab kekayaan sudah diperolehi dan masyarakat Kunak tidak berguna lagi bagi individu ini…..samalah halnya ibarat TEBU… “dimakan manisannya, sepah dibuang” itulah sebenarnya yang akan berlaku jika sekiranya individu ini berkuasa esok hari jika dipilih…..Lihat sahajalah individu ini dikenali “kaya” belum lagi jadi Wakil Rakyat tetapi kedekut….bakhil dan lokek......satu lagi perangai individu-individu ini ialah, kehadiran dan tabiat bermusim sahaja berjinak-jinak ke daerah Kunak ataupun ada yang hanya berkhidmat baru kelmarin di daerah Kunak….. bukan berjiwa dermawan, bukan “orang kaya” pemurah dan bukan berjiwa pemimpin yang berkebajikan….. individu ini SEBENARNYA TAK BOLEH GUNA PAKAI DIJADIKAN PEMIMPIN. JANGAN SILAP MEMILIH CALON NANTI KAMI MASYARAKAT KUNAK YANG MENANGGUNG AKIBATNYA DAN PARTI BN/UMNO MENERIMA PADAHNYA.
Dari Kamus Masyarakat Kunak 2011

“HAPUSKAN KETIRISAN”
“HAPUSKAN RASUAH”
“HAPUSKAN PENJAJAHAN ORANG LUAR”
“RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN”